Pages

Sunday

:) 12 Pasukan Terbaik Untuk Musim 2013


Liga Super Malaysia musim 2013 bakal menyaksikan perubahan format sekali lagi apabila hanya 12 pasukan dibenarkan beraksi dalam liga tersebut.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatannya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata format berkenaan akan diperkenalkan mulai musim 2013.

“Pada awalnya FAM mahu menggunakan format baru ini bagi musim 2012 namun terpaksa ditangguhkan memandangkan semua pasukan hanya dimaklumkan selepas mesyuarat Exco pertengahan tahun ini. Semua pasukan sudah bersetuju termasuk juga pengecualian Lions XII daripada penyingkiran tahun depan.”

Keputusan mengurangkan jumlah pasukan yang bertanding dari 14 kepada 13 pasukan dibuat atas dasar menjaga kualiti semasa liga dan juga dibuat setelah mengambil kira faktor kekuatan kewangan pasukan yang bertanding.

“Keputusan untuk mengurangkan pasukan Liga Super dibuat atas dasar mahu memastikan hanya pasukan yang berkualiti dan mantap termasuk dari segi pengurusan yang layak beraksi.”

Dalam masa yang sama, pasukan jemputan dari Singapura Lion XII dikecualikan dari penyingkiran ke Liga Perdana sekaligus memberi tamparan hebat kepada pasukan-pasukan lain untuk mengekalkan prestasi terbaik untuk terus kekal bersaing dalam Liga Super.

Menerusi format baru ini, 2 pasukan tercorot liga akan tersingkir ke Liga Perdana manakala pasukan ditangga ke-10, 11, dan 12 akan menjalani pusingan kalah-mati bersama pasukan ditangga ke-2 Liga Perdana dan juara Liga Perdana akan layak secara automatik ke Liga Super.

0 comments:

Post a Comment

Iklan

Dari Blog lain