Pages

Friday

:) Malaysia perbaiki ranking FIFA, naik tujuh anak tangga




Alhamdulillah....now team Malaysia dah semakin naik....naik 7 anak tangga pulak tuh...anyway, congratz to both coach Malaysia yang banyak berbakti and bersusah payah nak naikkan nama negara...kepada penyokong pasukan negara, jangan lah mengutuk dan gossipkan diorang tak tentu hala....kita spatutnya support diorang....kepada Safee Sali, Syafiq Rahim, Khairulfahmie, and all the team members, good luck...walaupun harapan untuk ke Olympic London dah semakin pudar, tp still boleh lagi diperbaiki...

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Skuad bola sepak kebangsaan mengakhiri tahun 2011 di kedudukan ke-148 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bolasepak Malaysia sepanjang tahun ini.

Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas perlawanan persahabatan itu.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993. - BERNAMA

ps: Blog-Akmal penyokong setia Harimau Malaya dan Harimau Muda


0 comments:

Post a Comment

Iklan

Dari Blog lain